  Pengenalan: eNovel Jangan Ada Dendam Sesetengah pembaca tertanya-tanya, bagaimana urlLink eNovel Jangan Ada Dendam bermula dan bagaimana pula pelaksanaanya. Di sini adalah pengenalan kepada urlLink eNovel Jangan Ada Dendam yang dipetik dari laman web urlLink http://novel2u.blogspot.com . Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Sebuah novel biasanya ditulis oleh seorang pengarang sahaja.
Semua watak yang terdapat dalam sesebuah novel adalah hasil kreativiti pengarang tersebut. Pengarang boleh menggunakan orang ketiga sebagai pencerita watak ataupun bertindak sebagai pemegang watak sendiri. Namun dalam JAD ia adalah suatu kelainan. Setiap watak dikarang oleh penulis yang berlainan dan menceritakan mengenai watak sendiri dalam certia atau situasi tersebut. Pada asalnya urlLink MBA secara suka-suka mengacah urlLink Sri Diah untuk berduet dalam menghasilkan sebuah novel. Pelawaan ini boleh menjadi jika urlLink MBA bersungguh-sungguh ataupun memang ada satu plot cerita yang menarik. Namun tanpa dirancang, urlLink Sri Diah telah menulis petikan satu babak dari novel terbarunya "Jangan Ada Dusta" dalam blognya. Ia menceritakan bagi pihak wanita. Lantas urlLink MBA pula menulis dalam blognya "Jangan Ada Dusta Versi Lelaki" yang menceritakan dari perspektif lelaki pula. Semenjak dari itu kami saling balas-membalas versi. Akhirnya satu blog khusus untuk JAD diwujudkan. Secara tidak sengaja urlLink MBA memberitahu JAD bermakna Jangan Ada Dendam kepada teman komuniti Haiku dan dari situ bermulalah nama JAD menjadi Jangan Ada Dendam.
urlLink Rudy pula datang untuk menulis sebagai Along , Aida sebagai Eyes dan Souraya dan Ibnu Ariff sebagai Angah. Bagaimana penyelarasan dibuat?. Biasanya setiap penulis menulis apa sahaja watak mereka atau menjawab persoalan terdahulu yang dikemukakan oleh penulis sebelumnya. Cuma kadang-kadang seorang berdua dari kami ada juga berunding melalui Internet bagi mencari kata sepakat ataupun ingin mengagah penulis lain. Sekian adanya. 
