  written by: mE!! fErXiE (edited - ALOT - by Azmi , the malay pro) +kEmEnAnGaN+ Peluh menitis seperti hujan Inginku membasahi tubuhku Dengan air yang dingin Adakah kemungkinan Aku akan bercundang? Kaki ku berat seperti batu Berlari dengan pantas Menuju ke arah kemenangan Walaupun hatiku mengatakan amat sukar Aku tidak akan putus asa. Aku terlihat garis penamat Terdengar ramai penonton bersorak-sorak Rakan-rakanku menjerit namaku Memberi ku semangat dan kekuatan Lalu ku gegas berlari ke garis penamat. Akhirnya... Aku jatuh dan rebah ke bumi Terukir senyuman di wajahku Walupun diriku sudah tidak bermaya Kerana aku tahu, aku telah berjaya Hatiku diisi dengan kepuasan dan kelegaan. 
