  Malam semalam aku tak boleh tidur.. puas aku pusing sana sini. tak leh gak tido, penangan kopi la ni. Maka semalam aku pun tengok Euro2004. Dua perlawanan, yang pertama France vs Swiss(3-1). Yang kedua Italy vs Bulgaria(2-1). Kedua-dua perlawanan ni, sangat menarik sekali. France memang dah dapat masuk ke separuh akhir dan Italy pulak di kedudukan genting. Akhirnya, tahniah kepada pasukan France kerana berjaya, manakala pasukan Italy walaupun menang game semalam, diorang kalah pada kiraan mata. Walaubagaimanapun cara permainan diorang semalam boleh dikatakan terbaik... Sehinggalah pukul 5.00pagi baru aku terlelap kat lantai. Bangun tidur pun lambat he he...Tapi aku tak menyesal mengenangkan perlawanan hebat semalam. 
